
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan – Persidangan Agung UMNO 2023 di PWTC
Katanya:
1. BN Hanyalah Pemain Ke 3 ketika ini, dari 120 kerusi yang dipertandingkan 74 kerusi kita kalah kepada PN. Adakah kita terus mahu duduk bersama orang yang terus menerus menikam kita dari belakang.
2. Soal Kerajaan Perpaduan: “Kita tahu siapa DAP, kita tahu siapa PH dan mereka tahu siapa kita (BN) dan mereka faham pendirian kita. Jadi juga tidak perlu berpura-pura, kita membuat keputusan berdasarkan pilihan paling sesuai untuk kita mengurus perbezaan ketika itu”
3. Soal Sokongan Melayu: Faktor yang mendorong orang Melayu menyokong atau menolak kita ternyata bukan pendirian kita terhadap DAP, sebaliknya ia bergantung kepada kemampuan kita (UMNO) meyakinkan orang Melayu bahawa kepentingan bangsa dapat diperjuangkan dengan lebih baik dengan UMNO termasuklah kerjaan yang kita pimpin itu bebas, telus, tidak ada rusuah dan salah guna kusa. Yang menjadi kayuukur orang Melayu ialah, integriti, tadbirurus, komentensi dan juga prestasi kita. Bukan semata-mata ideologi kita menentang parti itu dan ini.
4. Soal Sokongan Bukan Melayu: Kita tewas kerana tidak mampu mendapat walaupun 5% sokongan daripada mereka. Telah lama kita abaikan undi bukan Melayu. Kita mesti menerokai strategi lautan biru yang bersesuaian dengan penderian semasa bagi mendapat sokongan mereka. Kehilangan undi Melayu dan tiadanya undi bukan melayu adalah resepi kematian kepada UMNO. Maka UMNO mesti menerokai potensi politik yang bersesuaian denga keadaan semasa.
5. Soal Berkerjasama dengan PH: Kita tidak menyertai PH, kita membentuk ‘Kerajaan Perpaduan’ dan bekerjasama mengurus kerajaan. UMNO bukan parti komponen kepada PH.
#PersidanganAgungUMNO
#PresidenUMNO
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#DatukSeriDrAhmadZahidHamidi
#PrezCom