Usaha memecahbelahkan UMNO sedang rancak dibuat dengan memainkan sentimen kononnya wujud kem-kem didalam UMNO. Antaranya ‘Kem Ahmad Zahid Hamidi,’ Kem Ismail Sabri Yaakob,’ dan ‘Kem Hishammuddin Hussien dan Khairy Jamaluddin’. Sebenarnya jika dilihat dengan betul isu-isu ini dibangkitkan hanyalah kerana terdapat beberapa perbezaan pendapat diantara pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ‘Kerajaan Perpaduan’ terbentuk. Ini sebenarnya menunjukkan betapa UMNO adalah parti demokrasi yang tidak menyekat perbezaan pendapat dan menyantuni pendapat ahli-ahli dan pemimpinnya dengan baik cuma ada pihak yang berniat jahat cuba memainkan isu ini dan melaga-lagakan isu ini di ruangan siber. Setelah ‘Kerjaan Perpaduan’ terbentuk isu ini sebenarnya telah terurai dengan sendiri dan UMNO kita kembali sependapat dan meneruskan agenda mensejahterakkan rakyat dibawah Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang perpecahan didalam UMNO. Katanya, “UMNO tidak berpecah! siapa kata UMNO berpecah? Adakah pernah terjadi seperti dahulu dimana ada Team A dan Team B? Yang ada hari ini adalah sedikit perbezaan pendapat dan ini adalah isu perbincangan dalaman keluarga sahaja. Isu ini diambil oleh pihak luar untuk disensasikan”
Gambar: Kredit kepada The Sun Daily

#PersidanganAgungUMNO
#PresidenUMNO
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#DatukSeriDrAhmadZahidHamidi
#PrezCom