TS. MEGAT ZAINURUL ANUAR MEGAT JOHARI
- ,
- , Politik
Pertikaian Kerjasama DAP dan Barisan Nasional
Ruang siber hari ini mula dipenuhi dengan isu kerjasama antara UMNO dan DAP malah ada juga yang cuba memainkan kononnya Datuk Seri Zahid telah melanggar sumpahnya ‘No Anwar, No DAP’.
Sebenarnya jawapan pada isu ini sangat mudah:
1. Kerajaan yang ada pada hari ini kerjaaan Tuanku iaitu ‘Kerajaan Perpaduan’. Kerajaan perpaduan ditubuhkan atas titah nasihat Seri Paduka Biginda yang Dipertuan Agong susulan negara mengalami situasi parlimen yang tergantung jadi isu langgar sumpah ini tidak wujud sama sekali. Bagi sesiapa yang masih lagi tidak jelas ” Kerajaan perpaduan merupakan stau kerajaan yang menggabungkan parti politik yang menuntut semua pemimpin untuk turut terlibat bagi mengenepikan kepentingan polotik dan parti masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara”. Jadi mudahnya Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan dari Tuanku untuk Kepentingan Rakyat
2. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid juga telah menegaskan sebelum ini pada 27/12/2022 bahawa apabila perundingan di buat antara BN dan PH perkara yang menjadi mauduk atau tajuk utama adalah: “Agama Islam, Hak Orang Melayu, Raja Berpelembagaan dan Bahasa Melayu’ tidak dipersoalkan kerana perkara-perkara ini telah termaktub didalam perlembagaan. Rujuk: “Tajuk Utama Rundingan”.
Ringkasnya, isu kerjasama politik antara DAP dan BN sengaja dibangkitkan dengan niat jahat untuk mencalarkan imej bijak Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana telah berjaya menjinakkan DAP. Itu ini mula tular terutama apabila hampir Persidangan Agung UMNO (PAU). UMNO dan Barisan Nasional tidak akan tergugat dengan agenda politik murahan ini kerana ahli-ahli UMNO di akar umbi lebih matang berfikir dan menggangap isu ini hanya seperti debu dijalanan sahaja.
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#PresidenUMNO
#KerajaanPerpaduan
#KitaKawan
#PrezCom